Tuala wanita atau pad wanita bersifat menyerap atau serapan.Tuala wanita merupakan sesuatu yang penting bagi seorang wanita datang haid atau darah nifas.Secara umumnya kita mengetahui bahawa sejak dahulu lagi,tuala wanita yang digunakan adalah pad wanita yang diperbuat daripada kain,lebih tepat lagi menggunakan kain untuk kegunaan sebagai pad wanita.
Dengan peredaran masa dan zaman yang semakin moden, wanita tidak lagi menggunakan Pad Wanita yang diperbuat daripada kain kerana mempunyai banyak kelemahan bila memakainnya seperti mengeluarkan bau,bocor dan proses pembasuhan yang lama,
Terutamanya pada masa sekarang wanita lebih aktif dan bekerjaya sudah tentu memerlukan pad wanita yang tidak bocor,senang dibasuh dan tidak mengeluarkan bau dan tahan lama.
|
Dengan itu sejak tahun 1970 diperkenalkan tuala wanita moden yang lebih memudahkan kerana tiada tidak perlu dibasuh,mudah digunakan dan tidak bocor sesuai dengan kegunaan pada masa kini kerana kebanyakan wanita sekarang bekerja 8 – 12 jam sehari.Pad wanita pakai buang memudahkan wanita dalam urusan harian mereka.
Tahukan anda bahawa pad wanita pakai buang diperbuat daripada pulpa kayu dan kertas kitar semula.Pada bahagian tengah-tengah pad pakai buang ini terdapat bahan yang mampu menyerap dan bertindak menjadi gel apabila menyerap cecair.
Ramai yang tidak menyedari bahawa pad pakai buang kelihatan berwarna putih itu sebenarnya mengandungi banyak bahan kimia semasa proses pemutihan itu sendiri.
Kertas kitar semula atau pulpa kayu tadi akan menjalani proses pemutihan dengan mencampurkan Floresen,Klorin dan Bahan Pelembut dan akan menghasilkan kertas yang putih,Maka dari situlah bahan kimia tekandung dan pad wanita dibuat serta banyak dijual dipasaran dengan harga yang murah.
|
No comments:
Post a Comment