Qaseh Aryani Shoppe
Saturday, February 13, 2016
Jubah Untuk Muslimah: Tahniah
Jubah Untuk Muslimah: Tahniah: TAHNIAH!! Anda telah berjaya mendaftarkan diri sebagai ahli Jubah Muslimah. Jom cuci-cuci mata tengok jubah-jubah cantik disin...
Thursday, January 14, 2016
Monday, January 11, 2016
Tuesday, January 5, 2016
Kesan Sampingan Pemakaian Pad wanita kepada Kaum Hawa
Bahan-bahan dalam proses pemutihan ini akan menjadikan kertas kitar semula menjadi putih dan kelihatan bersih.Tetapi sebenarnya kita hanya terpedaya dari luaran sahaja.Untuk pengetahuan anda proses pemutihan itu sendiri telah menggunakan bahan kimia dan bersebati pada kertas tersebut.
Apabila dibuat pad wanita dan menyerap cecair akan berlaku satu tindak balas kimia yang akan mengeluarkan Dioksin.Dioksin sangat berbahaya kepada manusia kerana mampu mengundang pelbagai penyakit kepada manusia.
Dioksin adalah bahan Dioksin ialah bahan kimia pencemar, iaitu hasil sampingan produk berasaskan klorin ketika proses pembuatan pelbagai bahan kimia.
Bahan ini didapati begitu aktif dalam kitaran biologi, walau pun dalam kepekatan yang sangat rendah.Anda boleh rujuk di utusan Online untuk info lebih lanjut mengenai dioksin disini.
Ini juga merupakan penyebab kenapa ada wanita yang menghadapi masalah apabila mengunakan pad wanita pakai buang seperti masalah alahan pada kulit serta keradangan pada bahagian kelamin atau faraj.Dioksin akan memberikan kesan sampingan apabila faraj terdedah terlalu lama dan.
Berikut adalah kesan sampingan Pemakaian tuala wanita
Kegatalan atau alahan pada kulit,kesan memakai tuala wanita terlalu atau memakai dalam tempoh masa yang panjang akan menyebabkan keradangan kulit yang digelar ‘irritant contact dermatitis’.
Ciri -ciri yang akan dirasai oleh wanita apabila menghadapinya adalah gatal,panas seperti terbakar dan bengkak pada alat kelamin.
Tanda seperti ruam berair,kulit merah,melecet dan juga lelehan faraj atau keputihan juga merupakan kesan daripada alahan bahan kimia.
Jangkitan Kuman pada bahagian vulva dan vagina yang serius.ini adalah bahaya pakaituala wanita kerana boleh menyebabkan kanser rahim.kesan pakai pad terlalu lama menyebabkan bakteria membiak dengan cepat.Untuk mengelakkan proses ini Pad wanita perlu ditukar dengan kerap sekurang-kurangnya 2 jam sekali sekiranya dipenuhi dengan darah yang kotor atau gunakan tuala wanita yang diperbuat daripada kain atau kapas.
|
Tuala Wanita Masa Kini..
Tuala wanita atau pad wanita bersifat menyerap atau serapan.Tuala wanita merupakan sesuatu yang penting bagi seorang wanita datang haid atau darah nifas.Secara umumnya kita mengetahui bahawa sejak dahulu lagi,tuala wanita yang digunakan adalah pad wanita yang diperbuat daripada kain,lebih tepat lagi menggunakan kain untuk kegunaan sebagai pad wanita.
Dengan peredaran masa dan zaman yang semakin moden, wanita tidak lagi menggunakan Pad Wanita yang diperbuat daripada kain kerana mempunyai banyak kelemahan bila memakainnya seperti mengeluarkan bau,bocor dan proses pembasuhan yang lama,
Terutamanya pada masa sekarang wanita lebih aktif dan bekerjaya sudah tentu memerlukan pad wanita yang tidak bocor,senang dibasuh dan tidak mengeluarkan bau dan tahan lama.
|
Dengan itu sejak tahun 1970 diperkenalkan tuala wanita moden yang lebih memudahkan kerana tiada tidak perlu dibasuh,mudah digunakan dan tidak bocor sesuai dengan kegunaan pada masa kini kerana kebanyakan wanita sekarang bekerja 8 – 12 jam sehari.Pad wanita pakai buang memudahkan wanita dalam urusan harian mereka.
Tahukan anda bahawa pad wanita pakai buang diperbuat daripada pulpa kayu dan kertas kitar semula.Pada bahagian tengah-tengah pad pakai buang ini terdapat bahan yang mampu menyerap dan bertindak menjadi gel apabila menyerap cecair.
Ramai yang tidak menyedari bahawa pad pakai buang kelihatan berwarna putih itu sebenarnya mengandungi banyak bahan kimia semasa proses pemutihan itu sendiri.
Kertas kitar semula atau pulpa kayu tadi akan menjalani proses pemutihan dengan mencampurkan Floresen,Klorin dan Bahan Pelembut dan akan menghasilkan kertas yang putih,Maka dari situlah bahan kimia tekandung dan pad wanita dibuat serta banyak dijual dipasaran dengan harga yang murah.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)



