Tuesday, January 5, 2016

Kesan Sampingan Pemakaian Pad wanita kepada Kaum Hawa

keburukan tuala wanita
Bahan-bahan dalam proses pemutihan ini akan menjadikan kertas kitar semula menjadi putih dan kelihatan bersih.Tetapi sebenarnya kita hanya terpedaya dari luaran sahaja.Untuk pengetahuan anda proses pemutihan itu sendiri telah menggunakan bahan kimia dan bersebati pada kertas tersebut.

Apabila dibuat pad wanita dan menyerap cecair akan berlaku satu tindak balas kimia yang akan mengeluarkan Dioksin.Dioksin sangat berbahaya kepada manusia kerana mampu mengundang pelbagai penyakit kepada manusia.

Dioksin adalah bahan Dioksin ialah bahan kimia pencemar, iaitu hasil sampingan produk berasaskan klorin ketika proses pembuatan pelbagai bahan kimia.
Bahan ini didapati begitu aktif dalam kitaran biologi, walau pun dalam kepekatan yang sangat rendah.Anda boleh rujuk di utusan Online untuk info lebih lanjut mengenai dioksin disini.

Ini juga merupakan penyebab kenapa ada wanita yang menghadapi masalah apabila mengunakan pad wanita pakai buang seperti masalah alahan pada kulit serta keradangan pada bahagian kelamin atau faraj.Dioksin akan memberikan kesan sampingan apabila faraj terdedah terlalu lama dan.

Berikut adalah kesan sampingan Pemakaian tuala wanita


Kegatalan atau alahan pada kulit,kesan memakai tuala wanita terlalu atau memakai dalam tempoh masa yang panjang akan menyebabkan keradangan kulit yang digelar ‘irritant contact dermatitis’.

Ciri -ciri yang akan dirasai oleh wanita apabila menghadapinya adalah gatal,panas seperti terbakar dan bengkak pada alat kelamin.
Tanda seperti ruam berair,kulit merah,melecet dan juga lelehan faraj atau keputihan juga merupakan kesan daripada alahan bahan kimia.

Jangkitan Kuman pada bahagian vulva dan vagina yang serius.ini adalah bahaya pakaituala wanita kerana boleh menyebabkan kanser rahim.kesan pakai pad terlalu lama menyebabkan bakteria membiak dengan cepat.Untuk mengelakkan proses ini Pad wanita perlu ditukar dengan kerap sekurang-kurangnya 2 jam sekali sekiranya dipenuhi dengan darah yang kotor atau gunakan tuala wanita yang diperbuat daripada kain atau kapas.


No comments:

Post a Comment